Assalamualaikum pembaca sekalian,
Diantara pesakit-pesakit yang pernah datang berubat dengan saya, ada diantaranya disebabkan terkena sihir buatan orang yang berkemungkinan dengki atau pun mempunyai rasa permusuhan di dalam hati. Sihir ini dikenali dalam bahasa Arab sebagai “Majnun” bermaksud Sihir Membuat gila.
Diantara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin terkena sihir jenis ini ialah:
- Binggung, Lupa sesuatu.
- Meracau dalam percakapan.
- Tidak boleh tenang di satu tempat.
- Tidak mengambil berat tentang penampilan.
- Sampai pada satu tahap boleh berjalan ke mana-mana dan adakalanya tidur di tempat-tempat sunyi.
Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Kalau ada mungkin anda telah terkena sihir. Datanglah berubat di Pusat Rawatan saya,insyaAllah dengan izin Allah akan sembuh. Ingatlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya.
Tentang penulis: Ustaz Muhammad Syawal Rizal merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra. Di blog ini beliau kongsikan pelbagai tip dan panduan untuk menjaga diri dari gangguan yang tidak diingini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan beliau dengan menghubunginya melalui maklumat yang disediakan di blog ini. Dapatkan update terkini beliau di blog ini melalui emel dengan klik pautan ini.
7 comments
amy says:
April 29, 2012 at 11:19 pm (UTC 8 )
assalamualaikum ustaz.saya ingin bertanya tentang penyakit ayah saya.dia dh bertahun-tahun sakit iaitu sakitnya x blh makan.menurut ustaz yg kami jumpa katanya ayah terkena buatan org dan mempunyai saka.sekarang da dh sembuh dan boleh makan seperti biasa.kdg2 lbh byk dr biasa.skrg timbul penyakit lain pula iaitu dia membayangkan ada org cuba nk bunuh dia.sedangkan xde pn.sampai satu masa tu dia lari dari rumah,katanya ada org tgh mengepung rumah sb nk bunuh dia.lps dh ok, ade lg penyakit iatu dia mengesyaki ibu saya mempunyai hubungan dengan beberapa org lelaki termasuk kwn2 diaibu dituduh berzina dgn lelaki2 trsbt.suami sy pn turut menjadi mangsa fitnah dia.apa ptt sy bt ustaz?sy bimbang penyakitnya ini akan membahayakan org lain dan secara x lngsg akan memburukkan nama baik suami sy kerana dikaitkan membuat hbgn dg ibu sy.bantula sy ustaz.
admin says:
May 2, 2012 at 7:20 pm (UTC 8 )
wsalam..ayah saudari perlu dirawat sila hubungi pihak kami utk mendapatkan rawatan…
Imranfaruqi says:
December 16, 2012 at 3:08 pm (UTC 8 )
Saya merupakan seorang doktor perubatan. Barangkali Ayah saudara mempunyai masalah psiaktrik kerana symptoms paranoidnya (persecution) yang menyangka ada orang hendak membunuh dia dan delusional terhadap isterinya(ibu saudara) adalah antara symptom-symptom utama penyakit psiatrik.Tidak perlu mempunyai stigma di dalam hal ini.Mohon jumpa Doktor Psiatrik secepat mungkin. Insyallah.
ika says:
November 27, 2012 at 12:01 pm (UTC 8 )
Assalam,
Ustaz
Saya mempunyai masalah sakit belakang dan sakit kedua belah tangan dan terdapat kesan-kesan lebam di sekitar tubuh saya. Saya juga merasa sakit di sekitar permukaan jari dan tapak kaki seperti dicucuk. Dimaklumkan juga saya tidak datang haid selama 5 bulan dan bermula daripada waktu itu, perut saya mula menjadi buncit. saya telah membuat pemeriksaan darah, dan keputusannya tidak menunjukkan saya ada sebarang penyakit. Saya juga kerap bermalasan hendak ke kerja. Malah sering sakit kepala. dan pernah saya tersedar daripada tidur saya ternampak kalibat orang hitam berlari setelah menyedari saya terjaga. mohon bantuan ustaz untuk mengenalpasti adakah saya terkena terkena sihir dan sebarang rawatan dicadangkan. terima kasih.
Dan says:
November 30, 2012 at 12:48 pm (UTC 8 )
Assalamualaikum,
Sejak awal November sy berasa kurang sihat. Telinga berasa berdengung dan sy berasa takut kononnya sy akan mati. Belakang badan dan tangan kiri senang berasa seakan seram sejuk (seperti seram menahan kencing), berasa gementar dan sakit perut. apabila saya berasa sedikit lega dan merasakan yang saya takutkan sesuatu yg bukan2, simptom2 lain mula menjelma:
-kurang selera makan, berasa lapar, tetapi selera tertutup sebaik sahaja makanan sampai. dipaksa juga makan
-lenguh siku dan lutut. berasa akan terjatuh jika berjalan kerana terlalu lembik lutut
-muka pucat
-senang terbangun malam antara jam 330 lebih atau 430 lebih selepas bermimpi. Mimpi tidaklah sentiasa mengerikan, tetapi pernah mimpi melihat mayat dan bencana alam seperti di dalam tv
-mudah tersasul dalam menyebut perkataan
-berfikiran bukan2. asyik terfikir ‘hari akhir’ dan menyebut arwah sblm nama seseorg yg masih hidup
-sakit kepala (berasa seperti ketulan) dan pangkal leher kiri
-otot berdenyut / bergerak
-kaki sejuk dan mengebas separuh (tidak berasa kesemutan, tetapi jadi sedikit berat)
-perut kembung
-atas kening terasa tebal dan seperti sesuatu merayap di bawah kulit
-dada berdebar dan sesak nafas di penghujung asar sehingga habis maghrib. doktor sahkan tiada masalah jantung
-sakit kepala (menyucuk) dan kurang keseimbangan selepas berdebar kuat kali pertama
-mudah berpeluh, gula dalam darah menurun, tekanan darah meningkat sedikit
-sakit pinggang dan belakang. adakalanya sedar sakit tersebut berpindah2
-sakit di tulang rusuk. juga sedar sengal tersebut berpindah tempat.
-semangat bekerja dan belajar menurun. saya akui saya tidak terlalu cekap bekerja, tetapi sejak awal november semangat sy lebih rendah.
semasa mendengar ayat ruqyah syariah secara kuat, sy sedar pergerakan di bawah kulit muka agak aktif, kerap sendawa dan sakit menyucuk di tulang belakang dan pinggang, menyebabkan saya tidak selesa.
adakah petanda2 ini mengesahkan yg saya dihinggapi sesuatu?
amai says:
December 23, 2012 at 2:55 pm (UTC 8 )
Assalamualaikum pak ustad.saya mau tanya,bagaimana agar sya sembuh dari depresi yang saya derita
linda says:
March 26, 2013 at 5:45 pm (UTC 8 )
saya terasa sakit ngilu dibawah perut atau pangkal perut dan selalunya sakit pada waktu malam adakala terasa kuat dan adakala slow.saya pun tak tau kenapa saya sakit.