Assalamualaikum pembaca sekalian,
Salah satu cara untuk menjaga diri dari terkena gangguan seperti sihir atau saka, ialah dengan mengamalkan zikir. Jadi di bawah ini saya kongsikan dengan anda zikir yang mana sabit dari hadis Nabi yang mengatakan jika kita mengamalkan zikir di bawah ini sebanyak 100 kali dalam sehari, insyaAllah Allah akan menjaga kita dari terkena gangguan seperti yang saya sebutkan.
Ingatlah tidak ada satu pengawasan dan penjagaan pun yang benar-benar selamat melainkan ianya datang daripada Allah swt yang mana telah diperintahkan melalui lidah rasul-Nya Nabi kita Muhammad saw. Semoga dapat beramal.
لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya :
( Tiada Tuhan yang lain (yang sebenarnya melainkan Allah yang esa, tiada sekutunya baginya. Bagi kekuasaan dan baginya segala puji yang menghidupkan dan yang mematikan dan dialah (allah ) atas tiap-tiaap sesuatu maha berkuasa)
Amalkan Zikir ini sebanyak 100x Setiap Hari. Dengan izin Allah , Jin tidak boleh masuk ke dalam badan manusia dan akan keluar daripadanya.
Tentang penulis: Ustaz Muhammad Syawal Rizal merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra. Di blog ini beliau kongsikan pelbagai tip dan panduan untuk menjaga diri dari gangguan yang tidak diingini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan beliau dengan menghubunginya melalui maklumat yang disediakan di blog ini. Dapatkan update terkini beliau di blog ini melalui emel dengan klik pautan ini.
6 comments
nksheery says:
September 23, 2012 at 8:35 pm (UTC 8 )
untuk renungan bersama
salmah binti mohamad mohsin says:
October 1, 2012 at 1:13 pm (UTC 8 )
ramai perawat kata saya dah kena sihir dan ada saka. saya sekarang ni mengalami gangguan jiwa yang agak teruk melibatkan tauhid. tolonglah saya ustaz.
Ayu Sofea says:
December 28, 2012 at 5:44 pm (UTC 8 )
dlm minggu ini, saya bermimpi kena gigit dgn anjing. sblm ini sya dan suami tlh bergaduh lbh dr 1 bulan dn sejak itu ada bebrapa lelaki dtg kpd suami sya mengaku yg kenal dgn sya.
sya dan suami sya skrg hdp x tenteram.
myk tlg ustaz bg pandgan
zanna says:
December 30, 2012 at 4:12 pm (UTC 8 )
askm..
sy msh bjg……sy mghadpi mslah dlm menjalin hubungan.pada awal perhubungan sgt baik..suk nk hmpr setahun pts …dan tujuh kali sy menjalin hbgn cinta dan berkawan ngan lelaki….semua pts ditgh jln….kemudian kwn ckp..sy ada benda dalam badan….@ ada penghalang dlm bdn…org tgk dari jauh ctk…bla dah berkawan org tgk sy muka buruk @mcm org tua….
mohon penjelasan ustaz…adakah sy terkena sihir @ ada gangguan dlm badan
terima kasih
ina says:
January 6, 2013 at 3:28 pm (UTC 8 )
zikir x jls la ust…surah apa ustaz
aishahsaj says:
February 15, 2013 at 9:29 am (UTC 8 )
assalamualaikum Ustaz.. mohon pencerahan ustaz..
kebelakangan ini.. saya terlalu rapat dengan kawan saya yang mempunyai saka.. sudah hampir 2 tahun saya sekelas dengan dia, tetapi tidak ada apa2 kesan sampingan yang saya dapt..
cuma, dalam 2 minggu akhir ini.. tiba2 badan saya menjadi cepat letih.. sukar nak tidur malam..hati rasa resah dan kadang-kadang nak menangis tapi, tiada sebab kenape hendak nagis sebab saya bukan jenis merungut.. kemudian, kebelakangan seminggu akhir ini,, saya agak sukar bangun subuh dan sentiasa terlajak.. sehingga kan saya menjumpai ayat yang ustaz sarankan untuk amalkan sehari 100X.. tapi, lidah saya sering tersasul ke zikir yang lain..mohon pencerahan dari ustaz.. betol ke… mereka yang ada saka, bila kita berkawan rapat dengan mereka.. kita akan terkena tempias.. dan bagaimana hendak di buang atau di elak supaya ia nya tidak memakan diri dan sebaliknya..