Kami Bercuti Pada 20-5-2012 (Ahad) Kerana Merawat di Program Karnival Anak Muda Geng Kita di Surau Ikhlasiah Jalan Pemimpin kg Manjoi….
Jemput Semua Hadir…….
May
07
Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan bersama dengan pembaca semua satu kisah benar yang berlaku di pusat rawatan saya. Kisah ini juga akan memperlihatkan kepada kita bagaimana dahsyat dan jahatnya perbuatan jin.
Pagi ini saya telah dihubungi melalui telefon oleh seorang wanita. Lebih kurang dalam pukul sembilan. Beliau menyangkakan yang pusat rawatan tutup. Saya agak lewat datang ke pusat rawatan. Saya memberitahunya akan sampai lebih kurang sepuluh minit. Setelah sampai saya melihat seorang wanita dengan wajah yang menampakkan riak kesedihan sedang menunggu. Wanita ini pernah datang berubat di pusat rawatan saya sebelum ini.
Saya pun menjemputnya masuk setelah pintu dibuka. Selepas mengemas serba sedikit mana yang perlu saya menjemputnya duduk dihadapan saya untuk menceritakan apa hajatnya datang ke pusat rawatan, walaupun saya tahu yang kedatangannya pastilah hendak berubatkan:-)
Saya pun sudah lupa namanya, lalu wanita tersebut memperkenalkan namanya sebagai Aminah (bukan nama sebenar). Beliau pun memulakan ceritanya.
Beliau memberitahu bahawa selepas berubat di pusat rawatan dalam dua bulan lepas, dia telah disahkan mengandung selepas tujuh tahun menanti. Anak yang dikandungnya itu adalah anak yang kedua. Seronoknya tidak terkiralah bila penantian selama tujuh tahun dirasakannya akan berakhir. Saya yang mendengar ceritanya turut gembira lalu saya pun mengucapkan alhamdulillah.
Apabila mendengar saya mengucapkan kalimah tersebut beliau pun menangis. Saya hairan. Lalu beliau menceritakan bahawa selepas dua hari dari mendapat berita gembira tersebut, beliau bermimpi bahawa seekor makhluk yang hodoh datang duduk di atas rahimnya. Seminggu selepas itu apabila membuat scan kandungan doktor mengatakan bahawa kandungannya hilang tanpa dapat dikesan. Cerita itu sangat mengejutkan. Saya juga terkejut mendengar cerita tersebut dari beliau. Menangis teresak-esak beliau ketika menceritakannya kepada saya.
Dipendekkan cerita saya pun merawatnya dan ternyata sihir yang pernah dihantar dulu masih ada lagi dalam tubuh badannya. Ketika saya scan di bahagian perutnya, beliau terus muntah mengeluarkan lendir.Selepas dirawat beliau merasakan tubuh badannya semakin ringan dan rasa sakit diperutnya berkurangan.
Begitulah pembaca sekalian bagaimana jahatnya manusia penyihir dan juga jin yang dihantar untuk menyihir manusia lain. Demi memuaskan nafsu sanggup menggunakan bantuan jin untuk menzalimi manusia lain. Ingatlah bahawa sihir itu adalah satu perbuatan menyekutukan Allah. Mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan aqidah kita
May
07
Mengikut tuan guru Dr. Harun Din berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan juga dari sunnah nabawiyyah, dalam keadaan tertentu, makhluk halus seperti jin, ifrit dan sebagainya memang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia. Diantara penyakit itu sepertimana yang telah diterangkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 102, mafhumnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba tidak dibangunkan di akhirat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah dirasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan”
Istilah yang Allah gunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang membawa maksud dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Di dalam surah al-’Araf ayat 201, Allah menggunakan istilah ‘almass’ yang mana diantara maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan mass, iaitu sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah, lalu mereka dapat pulih”
Manakala dalam surah al-Mujadalah ayat 19 pula, Allah telah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’ di mana membawa maksud bahawa jin dan syaitan boleh menguasai dan mengalahkan mereka sehingga mereka tidak sedarkan diri atau pun lupa akan segalanya.
Lagi di dalam surah al-’Araf ayat 300, Allah menggunakan istilah ‘annazghu’ yang membawa maksud bahawa boleh mengenakan atau menipu manusia. Ertinya syaitan boleh menipu, menghasut dan memperdayakan manusia sehingga kepada perbuatan membunuh.
Di dalam surah as-Saad ayat 41, Allah menerangkan lagi ayatnya melalui penggunaan istilah ‘annasad’. Ayat yang mafhumnya bermaksud:
“Dan ingatlah peristiwa ketika hamba Kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya: Ya Allah, sesungguhnya saya telah dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’ .
Nasad di sini membawa maksud penat atau letih yang teramat sangat.
Jadi jelas di sini bahawa kepenatan, kesusahan dan azab sengsara boleh disebabkan oleh makhluk ini berdasarkan kepada dalil-dalil al-Quran yang telah disebutkan di atas.
Di dalam sunnah yang sahih ada disebutkan juga bahawa makhluk jin dan syaitan ini boleh menyebabkan seseorang manusia itu menjadi gila. Antaranya hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim telah menceritakan bahawa seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan peperangan Ahzab. Ketika itu beliau menyertai Rasulullah dan sahabat yang lain mengorek parit pada waktu tengahari. Kemudian beliau meminta izin kepada rasulullah untuk pulang ke rumah. Bagaimanapun rasulullah berat untuk mengizinkannya. Tetapi atas desakan, Rasulullah akhirnya membenarkan. Tetapi baginda mengingatkan pemuda itu agar membawa senjata.
Apabila sampai di rumah beliau melihat isterinya berada di luar rumah. Apabila beliau masuk, beliau melihat ada seekor ular sawa hitam. Lalu beliau pun menusuk ular tersebut dengan tombaknya. Ular itu pun menggelupur lalu mati dan pemuda itu juga menggelupur lalu mati. Lalu apabila diceritakan kepada rasulullah akan perkara tersebut, rasulullah memberitahu bahawa ular itu adalah jin.(Lihat dalam sahih Muslim, juzuk ke 4 hadis 1756).
Jadi apa yang boleh saya simpulkan ayat-ayat tersebut berdasarkan pengalaman saya merawat mereka yang mengalami gangguan ialah, antara gejala-gejala yang akan berlaku kepada pesakit ketika dan selepas dirawat ialah:
Baiklah pembaca sekalian. Setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan pada kali ini
Apr
25
Apr
11
Apr
11

penawar.com
Mar
22
Mar
22
Sumber : www.penawar.com
Mar
13
Komen terkini